fb fb fb fb fb

Lelaki lemas dihanyutkan kepala air

TAIPING, 29 Ogos- Seorang lelaki ditemui lemas selepas tergelincir dan dihanyutkan kepala air dalam kejadian di Burmese Pool, Bukit Larut semalam.

Mangsa, S.Jeremy Anthony, 28 tahun ditemui dalam keadaan tertiarap di dalam air pada pukul 10.10 pagi tadi di kawasan Sungai Batu Teguh, kira-kira satu kilometer daripada lokasi kejadian.

 
(Anggota bomba membawa mayat mangsa lemas ke hospital Taiping)

Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Razlam Ab Hamid berkata, hasil pemeriksaan ke atas badan mangsa mendapati terdapat kecederaan pada hidung dan tiada unsur-unsur jenayah.

Mayat kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Taiping untuk bedah siasat.

Sebelum kejadian, mangsa dikatakan datang ke lokasi tersebut petang semalam untuk beriadah bersama empat lagi rakannya.

Ketika menyeberangi sungai untuk mengambil beg galasnya yang diletakkan di seberang sungai, mangsa telah tergelincir dan pada masa sama berlaku kejadian kepala air.

Media Baharu