fb fb fb fb fb

Kadar inflasi bulan ke bulan kecil, baik dan terkawal berbanding negara jiran - Annuar

KUALA LUMPUR, 29 Ogos- Peningkatan kadar inflasi negara dalam konteks bulan ke bulan ketika ini berada dalam jumlah yang kecil, hasil inisiatif Pasukan Khas Jihad Menangani Inflasi.

Menurut Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa kenaikan inflasi pada bulan Julai mula bergerak pada kadar sederhana kepada 0.4 peratus.

Ini berbanding 0.6 peratus pada Jun iaitu sebelum tertubuhnya jawatankuasa itu.

Dengan kadar inflasi negara ketika ini pada kadar yang baik dan terkawal berbanding negara-negara jiran.

"Satu aspeknya ialah untuk melihat perkembangan berlakunya inflasi, dari satu bulan ke satu bulan dalam tahun yang sama. Seperti kita tahu, jawatankuasa menangani inflasi ini ditubuhkan pada Julai/Ogos, kesan daripada jawatankuasa ini boleh dilihat kepada apa yang berlaku pada bulan Jun, Julai, Ogos.

"Kalau kita lihat dari sudut itu, alhamdulillah kita dapat buktikan secara data bulan ke bulan...berdasarkan perbandingan bulan ke bulan, kenaikan inflasi bagi bulan Julai mula menyederhana kepada 0.4 peratus berbanding 0.6 peratus pada jun sebelum adanya jawatankuasa ini.

"Ertinya kita telah berupaya menyederhanakan kadar berlakunya inflasi antara bulan Jun ke bulan Julai dan hasilnya dapat dilihat secara data sekarang," katanya.

(Tan Sri Annuar Musa)

Beliau berkata demikian pada sidang media Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, di sini hari ini.

Jelas Annuar, data tersebut dinilai menggunakan kaedah lazim yang diguna pakai ahli ekonomi.

Ia bagi membolehkan masyarakat memahami kadar inflasi dengan lebih baik.

Tambahnya, peningkatan kadar inflasi tahunan tidak menggambarkan situasi inflasi sebenar negara ketika ini kerana ukuran yang tepat ialah peningkatan kadar inflasi bulan ke bulan.

Media Baharu