fb fb fb fb fb

Harga siling ayam, telur kekal

(Annuar Musa)

KUALA LUMPUR, 29 Ogos- Harga siling ayam standard dan harga runcit telur ayam gred A, B dan C dikekalkan sehingga ke satu tarikh yang akan diputuskan Jemaah Menteri.

Menurut Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa harga siling ayam standard kekal RM9.40, manakala subsidi 3 sen untuk telur turut kekal.

(Harga siling ayam standard kekal RM9.40, manakala subsidi 3 sen untuk telur turut kekal)

Kerajaan juga bersetuju untuk membenarkan eksport ayam ke Singapura secara bersyarat dan berperingkat tanpa menjejaskan keperluan domestik.

Eksport ayam hanya dibenarkan kepada ladang-ladang yang diberi akreditasi untuk mengeksport ternakan tersebut.

Sebagai permulaan dalam kuantiti 50 peratus daripada permintaan negara terbabit.

"Sebab kita nak mengelak daripada berlaku spekulasi sebab kalau kita ada 'dateline', orang spekulasi kerana nak tamat 'dateline' masing-masing mula buat pelarasan, itu tidak baik tidak sihat.

"Ataupun orang yang cuba nak ambil kesempatan dia akan kurangkan bekalan dan sebagainya dengan harapan kerajaan akan bertindak, itu semua tak baik.

"Sebab tu kita nak 'remove uncertainty' dengan letakkan dasar situ dan kita nak industri buat pelarasan untuk kekalkan produktiviti, memperbaiki kecekapan di peringkat industri," katanya

Beliau berkata demikian pada sidang media Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, di sini hari ini.

Media Baharu