fb fb fb fb fb

Kerajaan lulus semakan semula kadar biasiswa

Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 29 Ogos- Kerajaan meluluskan semakan semula terhadap kadar biasiswa untuk semua pelajar di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar khususnya MARA sama ada di dalam dan luar negara.

Jemaah menteri turut bersetuju melakukan semakan semula kadar biasiswa lain termasuk biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi memastikan kadar dinaikkan.


(Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa / Foto fail Bernama)

Menurut Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa, kerajaan yakin pelajar Malaysia yang terkesan inflasi perlu diberi perhatian.

"Jadi satu penyelarasan akan dibuat di antara kementerian-kementerian tapi apa yang telah disyorkan oleh KPLB bagi pelajar MARA itu telah pun diluluskan jemaah menteri, perinciannya kementerian-kementerian berkaitan yang akan buat pemakluman, saya hanya menyebut secara prinsip mengambil kira kos sara hidup pelajar dalam negara dan luar negara kabinet bersetuju untuk kadar biasiswa dinaikkan dan kemudiannya diselaraskan selain daripada MARA kerana ada lagi agensi kerajaan lain maka kerajaan bersetuju ianya diselaraskan," katanya pada sidang media khas di Parlimen.

Tambahnya, tugas pasukannya semakin mencabar, laporan kadar inflasi negara diumum menteri di Jabatan Perdana Menteri akan dibedah siasat secara mendalam sebelum mengatur langkah susulan.

Beliau menegaskan, kawalan kadar inflasi perlu dilakukan secara komprehensif.

Media Baharu