fb fb fb fb fb

Lelaki ditemukan lemas, terjun sungai, elak ditahan polis

ALOR SETAR, 14 Disember- Seorang lelaki yang terjun ke Sungai Kedah bagi mengelak ditahan polis, ditemukan lemas.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Sayani Saidon berkata Mohd Sobri Aini, 45 tahun ditemukan kira-kira pukul 3.34 petang oleh anggota bomba.

Operasi tersebut turut melibatkan aktiviti selaman oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari BBP Jitra.

Bagaimanapun, rakan mangsa yang turut terjun ke sungai berjaya berenang ke seberang dan meloloskan diri .

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Ahmad Shukri Mat Akhir pula memaklumkan, polis tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 1.00 tengah hari setelah mendapat maklumat mengenai penghantaran dadah di lokasi tersebut dari Pendang.

Mangsa dipercayai seorang daripada tiga individu disyaki tokan dadah yang cuba diberkas berhampiran Taman Padi Emas, Jalan Alor Mengkudu.


(Lelaki ditemukan lemas, terjun sungai, elak ditahan polis)

Media Baharu