fb fb fb fb fb

Rakyat perlu budayakan pemahaman, lihat data sebagai khazanah negara

(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR, 14 Disember- Rakyat perlu membudayakan pemahaman serta melihat data sebagai satu khazanah negara.

Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata aspek keselamatan siber juga perlu diberi keutamaan secara holistik, demi memastikan keterjaminan keselamatan data dalam pelbagai urusan dan rutin harian.

"Dalam banyak ekonomi digital, data memainkan peranan yang tersangat penting, sama ada untuk jual beli, transaksi kewangan ataupun dari segi sistem penyuraian trafik.


(Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil)

"Isu keselamatan, data memainkan peranan yang sangat penting dalam semua bidang.

"Jadi, kalau asas itu kita tetapkan bahawa data ini perlu kita jaga dengan baik, maka banyak daripada masalah akan dapat kita selesaikan", katanya kepada pemberita di Angkasapuri.

Dalam pada itu, terdapat keperluan untuk meneliti kaedah terbaik bagi mewujudkan jaringan sistem perkongsian data di antara pelbagai agensi daripada kementerian yang berbeza.

Beliau berkata perkongsian data dapat membantu menyelesaikan masalah semasa dengan lebih cepat, tuntas dan menyeluruh.

"Contohnya..masalah kos sara hidup. Jadi, ini antara perkara yang bagi saya sangat penting dan sekiranya rakyat Malaysia, menteri-menteri, kerajaan mula melihat budaya data sebagai khazanah.

"Itu akan membawa satu perubahan yang agak besar dan ini akan mengambil sedikit masa sebab rakyat hendak masalah diselesaikan sekarang. Tetapi saya lihat dengan permulaan seperti itu, kita akan dapat mengenal pasti siapa yang perlu kita bantu sekarang. Itu antara perkara yang paling penting", katanya.

Media Baharu