fb fb fb fb fb

Banjir: Jumlah penduduk terjejas di Terengganu berkurangan

KUALA TERENGGANU, 13 Disember- Jumlah penduduk terjejas banjir di Terengganu terus menurun kepada 80 orang berbanding 103 pada sebelah petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu memaklumkan hanya tiga daerah sahaja yang masih terjejas dengan terdapat tiga buah PPS yang masih aktif.

Daerah Kuala Terengganu merekodkan seramai 66 orang daripada 20 keluarga di PPS SK Atas Tol.

Manakala seramai 12 orang daripada tiga keluarga masih berlindung di PPS Balai Raya Kampung Pantai di Besut dan PPS Surau Kampung Nyatuh di Daerah Setiu masih kekal menempatkan dua orang daripada satu keluarga.

Keadaan banjir di Kemaman pulih sepenuhnya dan PPS di daerah itu tutup lewat petang tadi.


(Jumlah penduduk terjejas banjir di Terengganu mencatatkan
penurunan berbanding pada sebelah petang tadi)

Media Baharu