fb fb fb fb fb

Semangat perpaduan, akan terus diperkukuh tanpa mengira kaum, agama

PETALING JAYA, 14 Disember- Semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat akan terus diperkukuh, tanpa mengira kaum dan agama.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata perpaduan itu dibuktikan menerusi pelbagai sokongan dan bantuan oleh kerajaan negeri yang dinikmati rakyat negeri itu.

Jelasnya, usaha tersebut akan terus dilipatgandakan oleh Majlis Perpaduan dan Integrasi Selangor.

"Majlis Perpaduan Negeri Selangor yang telah dibentuk sejak tahun lepas. Saya percaya dengan pengenalan beberapa program perpaduan kita mempunyai bahan yang cukup untuk menjadi masyarakat yang bersatu padu", katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Sambutan Hari Krismas peringkat negeri Selangor di Petaling Jaya.

(Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari)

Media Baharu