fb fb fb fb fb

Lelaki ditahan seludup rokok bernilai RM175,000

(FOTO RTM)

RANTAU PANJANG, 27 Mac-Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan mematahkan cubaan menyeludup rokok selepas merampas 441,120 batang rokok pelbagai jenama di dua premis di Kuala Krai, Isnin lalu.

Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, suspek berusia 40-an ditahan pasukan operasi Cawangan Penguatkuasaan Rantau Panjang pada jam 11 pagi.

Tambah Wan Jamal, operasi dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat dan melakukan intipan.

"Secara keseluruhan, jumlah nilai rampasan termasuk dua kenderaan dianggarkan bernilai lebih RM551,000," katanya dalam sidang media di Pejabat JKDM Kelantan Kota Bharu, hari ini.

Mengulas lanjut Wan Jamal berkata, modus operandi yang digunakan suspek adalah mengangkut bekalan rokok terbabit dari selatan tanah air dan disimpan di satu tempat sebelum diedarkan kepada pelanggan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d)Akta Kastam 1967.

Wan Jamal turut menggesa orang ramai membantu pihak JKDM memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah dan kenderaan.



(Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan, Wan Jamal Abdul Salam
Wan Long/RTM)


 

Media Baharu