fb fb fb fb fb

Lelaki ditahan pukul, ugut bunuh anak perempuan

PETALING JAYA, 15 Januari- Seorang bapa ditahan selepas memukul dan mengugut bunuh anak perempuannya dengan parang dalam kejadian di Lembah Subang, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata lelaki 56 tahun itu bertindak demikian selepas menegur anaknya bermain telefon bimbit hingga lewat malam.

"Siasatan awal mendapati suspek yang bekerja sebagai pembantu restoran bertindak mengugut bunuh anaknya dengan menggunakan sebilah parang pemotong daging. Suspek juga sebelum itu bertindak memukul mangsa berumur 15 tahun dengan menggunakan tali pinggang," katanya menerusi kenyataan.

Hasil laporan dibuat mangsa, sepasukan anggota polis dikejarkan ke lokasi kejadian kira-kira pukul 10.30 malam bagi memberkas suspek.

Pihaknya turut merampas parang yang digunakan ketika kejadian.

Suspek direman empat hari untuk siasatan lanjut dan kes disiasat bawah Seksyen 3(1)(A) Akta Kanak-kanak 2001.


(Foto Hiasan)

Media Baharu