fb fb fb fb fb

Lebih 40,000 tong sampah diagih kepada warga Ipoh

IPOH, 15 Januari- Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan kerjasama Pusat Khidmat Parlimen Ipoh Timur dan Pusat Khidmat Adun Canning mengambil inisiatif mengagihkan 741 unit tong sampah kepada para penduduk di Taman Ipoh Timur.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata komitmen itu bertujuan meningkatkan kualiti persekitaran dan merealisasikan hasrat menjadikan Ipoh bandaraya terbersih di Malaysia.

"Program pembudayaan amalan menggunakan tong sampah itu bermula sejak April 2021," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Sehingga kini sebanyak 46,656 tong sampah telah diedarkan kepada warga kota Ipoh.


(Sehingga kini sebanyak 46,656 tong sampah telah diedarkan
kepada warga kota Ipoh)

Media Baharu