KUALA LUMPUR, 22 Februari- Seorang penumpang Orang Kurang Upaya (OKU), maut digilis tren LRT selepas terjatuh di landasan stesen Titiwangsa, Kuala Lumpur, pagi tadi.
Menurut Komander Operasi PBK 1 KUP Fadil Hesam Mohd, pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 8.38 pagi.
Siasatan awal mendapati, mangsa yang buta dipercayai terjatuh ke landasan sebelum dilanggar sebuah kereta api yang melintasi kawasan tersebut.
"Lelaki itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
"Kejadian dipercayai berlaku akibat mangsa hilang keseimbangan badan dan terjatuh tanpa disedari pemandu kereta api.
"Siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian sedang dijalankan.
"Ini termasuk meneliti rekod operasi kereta api semasa kejadian," menurut kenyataan itu.
BERITA BERKAITAN: