fb fb fb fb fb

Remaja maut, berlanggar dengan kereta di Kelantan

Foto Ihsan JBPM

KOTA BHARU, 22 Februari- Seorang remaja maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan sebuah kereta dan terbakar di atas Jambatan Sultan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu, Kelantan, malam tadi. 

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II,  Azmi Sulaiman berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.19 malam berkenaan kebakaran motosikal di atas jambatan berkenaan.

Bertindak daripada laporan tersebut, 19 anggota dari BBP Wakaf Bharu dan BBP Kota Bharu bergegas ke lokasi kejadian.

Hasıl siasatan mendapati kebakaran berpunca daripada kemalangan jalan raya antara sebuah kenderaan dan sebuah motorsikal ditunggang mangsa.

Mangsa, Muhammad Adam Abdullah, 18 tahun dipercayai dalam perjalanan dari arah Kota Bharu menghala ke Pasir Pekan, Tumpat.

Mangsa dikatakan gagal mengelak kenderaan yang datang dari arah bertentangan ketika cuba memotong kenderaan lain.

Akibat pelanggaran itu, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk bedah siasat.

Sementara itu, pemandu kereta tersebut mengalami kecederaan di bahagian tangan di bawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ II) Kota Bharu untuk rawatan lanjut.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM