fb fb fb fb fb

Rapid Rail sahkan penumpang terjatuh dari landasan LRT

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 22 Februari- Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali kepada perkhidmatan Laluan Ampang/Sri Petaling ingin mengesahkan seorang penumpang telah terjatuh di kawasan landasan di Stesen LRT Titiwangsa pada pagi tadi.

Menurut Rapid Rail, pihaknya telah menyahaktifkan bekalan kuasa di stesen tersebut bagi memberi laluan pada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta petugas kesihatan bagi melakukan kerja-kerja menyelamat.

"Susulan kejadian tersebut, tiada perkhidmatan tren di stesen PWTC, Titiwangsa, Sentul dan Sentul Timur buat sementara waktu.

"Perkhidmatan rel alternatif, termasuk perkhidmatan bas perantara percuma telah diaktifkan bagi menyokong operasi.

"Pengguna yang memerlukan bantuan boleh merujuk kepada pegawai stesen dan polis bantuan di stesen-stesen berkenaan," menurut kenyataan itu.

Tambah Rapid Rail, sebarang perkembangan terkini akan dikemaskini menerusi laman media sosial Rapid KL dan pengumuman di stesen.

Pihak Rapid Rail akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menyiasat kejadian tersebut dan akan memastikan perkhidmatan Laluan Ampang/Sri Petaling kembali seperti biasa secepat mungkin.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM