TEMERLOH, 22 Februari- Jumlah penduduk terjejas banjir di daerah Temerloh, Pahang meningkat kepada 230 orang berbanding 209 orang, setakat pukul 12.00 tengah hari tadi.
Menurut laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang, peningkatan itu susulan limpahan air Sungai Semantan yang berlaku di Kampung Batu Kapor, awal pagi tadi.
Kejadian itu menyebabkan 73 rumah di kampung terbabit telah dinaiki air.
Penduduk terjejas itu ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Semantan.