fb fb fb fb fb

Lebuh raya bertingkat di Lembah Klang siap sepenuhnya hujung tahun depan- Fadillah

(Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof)

KUALA LUMPUR, 3 Oktober- Kesemua projek Lebuh Raya Bertingkat akan siap sepenuhnya penghujung tahun depan.

Antaranya, Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi - Ulu Kelang (SUKE), Lebuhraya Bertingkat Damansara - Shah Alam (DASH), Lebuhraya Bertingkat Setiawangsa - Pantai (SPE) dan Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE).

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata sehingga kini Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi - Ulu Kelang (SUKE) telah dibuka secara berperingkat manakala bakinya dijangka dibuka sepenuhnya pada suku pertama tahun 2023.

"Bagi lebuh raya bertingkat Damansara - Shah Alam (DASH) pula pembinaan keseluruhan telah mencapai 99.64% dan dijangka siap pada akhir tahun 2022. Selain itu, lebuh raya bertingkat Setiawangsa - Pantai (SPE) telah dibuka sebahagian iaitu Seksyen 4 (Setiawangsa -Taman Melati) pada 21 Disember 2021 manakala peratus kemajuan adalah 94.97% lebuh raya Lembah Klang Timur (EKVE) masih dalam pembinaan dengan kemajuan telah dicapai sebanyak 96.93% dan dijangka siap pada hujung tahun 2023," katanya.

Beliau menjawab soalan wakil Seremban, Anthony Loke Siew Fook.

Fadillah turut memaklumkan, kadar tol untuk tempoh operasi pertama yang telah dibuka adalah RM3.50 bagi kelas satu dan lima, RM7 bagi kelas dua, RM10.50 bagi kelas tiga dan RM1.80 bagi kelas empat.


(Fasa pertama Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) bagi
jajaran sejauh 16.6 kilometer (km)/ BERNAMA)

Media Baharu