fb fb fb fb fb

Lebih RM92 juta Bayaran Upah Jahit telah diterima pegawai, staf KKM

Lukanisman Awang Sauni

KUALA LUMPUR, 14 Disember- Kira-kira RM92.6 juta Bayaran Upah Jahit telah diterima kepada pegawai dan staf Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga November tahun ini kata Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni.

KKM telah memaklumkan kepada pihak syarikat yang
bertanggungjawab membekalkan kain pakaian seragam, agar menyegerakan pembekalan itu pada tahun ini.

Perkara itu bagi memastikan urusan pembayaran Bayaran Upah Jahit boleh dilakukan pada akhir tahun.

"Semua Pusat Tanggungjawab (PTj) bawah KKM telah mengeluarkan pesanan tempatan (LO) bagi maksud pembekalan kain kepada pihak syarikat dan Bayaran Upah Jahit dibayar setelah pembekalan kain pakaian seragam selesai.

"Namun begitu, sekiranya didapati pihak syarikat gagal memenuhi obligasi kontrak iaitu lewat membekalkan kain pakaian seragam, selaras dengan ketetapan kontrak, KKM boleh mengenakan penalti kepada pihak syarikat," katanya ketika menjawab soalan daripada Senator Dr Lingeshwaran  R.Arunasalam di Dewan Negara berkenaan staf dan fasiliti KKM yang masih belum menerima Bantuan Upah Jahit.

Sementera itu Lukanisman akan meneliti laporan anggota KKM berhubung kualiti pembekalan kain pakaian seragam kesihatan kepada warga kementerian itu tidak mematuhi tahap kualiti ditetapkan.

Dalam masa sama, beliau akan memastikan pembekalan pakaian tersebut yang dibekalkan pihak syarikat terlibat mematuhi piawaian digariskan.

"Kita ambil tindakan sekiranya ada laporan daripada pihak anggota kita kepada pihak pengurusan. Saya sendiri akan melihat dan menilai kuantiti dan kualiti yang telah dibekalkan," katanya ketika menjawab soalan tambahan daripada Senator Dr Lingeshwaran R.Arunasalam.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI