fb fb fb fb fb

Aduan secara dalam talian, beri impak positif

Datuk Seri Ab Rauf Yusoh

MASJID TANAH, 14 Disember- Peluasan pendigitalan sistem penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) terus memberi impak positif dalam pengurusan aduan di Melaka.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, lebih 60 peratus aduan diselesaikan kerajaan negeri menggunkaan sistem digital berbanding sistem konvensional.

Sistem ersebut memudahkan orang awam membuat aduan dan memberi maklum balas bagi memudahkan urusan pentadbiran kerajaan negeri.

"Dalam dunia digital sekarang ini, bank pun kita tak pergi. Jadi orang boleh melakukan urusan perbankan secara dalam talian.

"Dalam sistem pendigitalan perkhidmatan awam ini kita menggalakkan orang ramai supaya menggunakan sistem secara dalam talian," katanya selepas merasmikan program Hari Bertemu Rakyat di Kompleks Sukan Masjid Tanah di sini.

Sepanjang dua kali penganjuran program tersebut, sebanyak 331 aduan diterima kerajaan negeri dan daripada jumlah itu 296 permasalahan diselesaikan.

Ab Rauf berkata, bermula tahun depan penganjuran seperti itu akan digerakkan di seluruh parlimen di Melaka secara bergilir.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI