PORT DICKSON, 21 Mei- Jabatan Imigrisen Malaysia (JIM) akan menempatkan lebih ramai pegawai agensi itu di pintu masuk utama negara di Kuala Lumpur dan Johor pada masa akan datang mengikut keperluan.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifudin Nasution Ismail berkata, "ia bagi menambah kekuatan petugas sekaligus mengurangkan kesesakan di lokasi berkenaan."
Seramai 100 orang pegawai yang menamatkan latihan hari ini akan ditugaskan di lokasi strategik iaitu di Pintu Masuk Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar di Johor.
100 orang lagi akan ditempatkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Satu dan Dua bermula esok manakala baki 22 orang lagi akan ditempatkan di Bahagian Keselamatan dan Pasport Putrajaya, Selangor dan Sarawak.
"Kerana sebelum ini, ada juga kekurangan untuk penugasan. Kami percaya penubuhan Pasukan Respon Pantas ditubuhkan bagi meredakan kesesakan di lokasi.
"Penempatan 222 pegawai yang tamat latihan ini dapat meredakan isu kesesakan di pintu masuk negara," pada Majlis Tamat Perbarisan Tamat Latihan Kadet Imigresen Siri 1 Tahun 2023 Di Akedemi Imigresen Malaysia (AIMM), Port Dickson.
Dalam pada itu seramai 222 Anggota Imigresen yang berjaya menamatkan Latihan Kursus Asas, Tinggi dan Pengurusan Keimigresenan Siri Satu Tahun 2023.
(Saifudin Nasution Ismail)