fb fb fb fb fb

Sheikh Khaled tiba di Malaysia sempena lawatan khasnya

SEPANG, 21 Mei - Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Khaled bin Mohamed bin Zayed Al Nahyan tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk lawatan khas empat hari ke Malaysia.

Baginda tiba kira-kira pukul 8.40 malam tadi disambut Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Duta Besar Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke Malaysia, TYT Khalid Ghanim Al Ghaith.

Sejurus tiba baginda melintasi kawalan kehormat setempat yang terdiri daripada dua pegawai dan 26 anggota Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (1RRD), diketuai oleh Kapten Muhammad Syafiq Najmi Bin Mazlan.

(FOTO BERNAMA)

Ini merupakan lawatan sulung baginda ke Malaysia sejak dilantik sebagai Putera Mahkota dan Pengerusi Majlis Eksekutif Abu Dhabi.

Sheikh Khaled dijadual mengadakan kunjungan hormat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Media Baharu