(Peruntukan berkenaan akan disalurkan kepada JPWPKL dan JPNS)
PUTRAJAYA, 21 Mei- Kementerian Pendidikan (KPM) akan segera menyalurkan peruntukan kecemasan bagi membaiki 36 buah sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor yang rosak akibat kejadian ribut Jumaat lalu.
Peruntukan berkenaan akan disalurkan kepada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS).
Menerusi kenyataan, KPM memaklumkan kejadian tersebut telah mengakibatkan kerosakan 27 buah sekolah di Kuala Lumpur dan sembilan di Selangor.
Penilaian lanjut terhadap kerosakan yang berlaku di sekolah berkenaan dibuat dengan kerjasama daripada Jabatan Kerja Raya.
Menurut kenyataan itu, JPWPKL, JPNS dan PPD akan melaksanakan kerja pembaikan dan pembersihan segera bagi membolehkan sesi pengajaran dan pembelajaran diteruskan tanpa sebarang gangguan.
(KPM salur peruntukan kecemasan baiki sekolah rosak)