fb fb fb fb fb

Sambutan Minggu Perpaduan wujudkan perpaduan dalam kepelbagaian

KUCHING, 21 Mei- Pelancaran Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2023 telah disempurnakan oleh Yang diPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Tebingan Kuching Sarawak, hari ini.

Sambutan Minggu Perpaduan merupakan salah satu inisiatif di bawah Kembara Perpaduan Malaysia MADANI, yang akan disambut di seluruh negara pada minggu terakhir bulan Mei setiap tahun.

Ia juga manifestasi perpaduan dalam kepelbagaian kaum, yang dikecapi sejak sekian lama, dan terus dipelihara.

Pada tahun ini, Kuching dipilih sebagai tuan rumah bagi sambutan peringkat kebangsaan, bersempena dengan pengiktirafannya sebagai Bandaraya Perpaduan.

Sambutan Minggu Perpaduan turut disambut di 15 lokasi lain di seluruh negara, sebagai usaha merapatkan hubungan antara etnik.

Pada majlis sama, Al Sultan Abdullah turut perkenan melancarkan lagu tema perpaduan bertajuk "Setia Perpaduan", yang menggabungkan pelbagai bahasa dan dialek di Malaysia.

Lagu itu adalah hasil cetusan idea Yang diPertuan Agong demi menerapkan semangat perpaduan rakyat Malaysia dan merupakan ciptaan Datuk DJ Dave, manakala liriknya ditulis oleh Profesor Dr. Lim Swee Tin.

Pengisian lain majlis termasuk persembahan MADANI Perpaduan dan persembahan kapsul Suara Anak Malaysia.

Majlis turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar bin Ibrahim dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

(Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2023 di Sarawak)

Media Baharu