fb fb fb fb fb

Lebih ramai bakat baharu diperlukan sertai ATM

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

KUALA LUMPUR, 6 Jun- Lebih ramai bakat baharu diperlukan untuk menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi mendepani cabaran pertahanan dan kedaulatan negara yang sudah semakin rumit, pelbagai dan tidak menentu.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengakui setiap cabaran itu hadir dalam bentuk dan pendekatan yang tidak diduga.

Perkara itu turut diakui kepimpinan pertahanan negara lain pada mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan (FDMM) Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) dan Dialog Shangri-La 2024 di Singapura.

"Hampir semua Menteri Pertahanan dari pelbagai negara yang saya temui mengakui keperluan kepentingan untuk mengukuhkan ketumbuhan pertahanan dengan pelbagai jenis ilmu, kemahiran dan keupayaan.

"Berbekalkan realiti itu Kementerian Pertahanan dan ATM mahu mengumpul bakat-bakat terbaik," katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Universiti Luar Negara (ULN) Tahun 2024 di sini.

Beliau menjelaskan dengan mempunyai bakat terbaik, pelbagai keperluan dan cabaran pertahanan masa depan dapat diuruskan dengan lebih berkesan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI