SIMPANG AMPAT, 6 Jun- 38 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di Pulau Pinang dijangka akan beroperasi sepenuhnya penghujung Jun ini.
Setakat ini, 21 NADi sudah pun dibuka dan beroperasi di beberapa kawasan antaranya Simpang Ampat,Bertam, Seberang Jaya, Machang Bubuk dan Berapit.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pembukaan NADI sepenuhnya kelak akan memberi suntikan semangat kepada pengunjung bagi menggunakan kemudahan yang disediakan termasuk mengikuti pelbagai program dan latihan.
"Daripada 38 NADI yang baru ada 21 yang telah selesai, insya-Allah dalam masa beberapa hari ada lagi lima atau enam akan siap dan semuanya akan siap penghujung bulan ini akan dapat dimanfaatkan oleh rakyat untuk mendapat maklumat terkini seperti bantuan seperti program AI untuk rakyat dan program-program untuk mereka memahami e-Dagang dan manfaatkan untuk meningkatkan bukan sahaja kemahiran tetapi juga pendapatan",katanya demikian dalam temubual secara langsung bersama RTM tengahari tadi.
Terdahulu beliau mengadakan lawatan ke NADI di Bandar Tasek Mutiara, Simpang Ampat.
16 Februari lepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pembinaan dan pengoperasian 38 NADI baharu di Pulau Pinang yang ketika itu dikenali sebagai Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM47 Juta.