fb fb fb fb fb

Lebih 700 terima lesen B2 percuma

(Anthony (dua, kanan) beramah mesra bersama para penerima lesen kenderaan bagi Kelas
B2 motorsikal di 
pelancaran Program MyLESEN B2 Peringkat Negeri Sembilan/BERNAMA)

JELEBU, 15 Julai- Seramai 756 penerima bantuan Kerajaan (eKasih / Zakat / Baitulmal / JKM / JAKOA / LHDN dan Golongan B40) di Negeri Sembilan akan menerima Lesen Memandu Malaysia Kelas B2 (Motosikal) percuma bawah Program MyLesen B2 pada tahun ini.

Kos modul kursus, latihan dan ujian dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, inisiatif itu bukan sahaja membantu mereka yang layak memperoleh lesen B2 secara percuma tetapi juga salah satu usaha kerajaan mendidik masyarakat mengenai kesedaran pematuhan undang-undang trafik dan pembudayaan keselamatan jalan raya.

"Di kampung-kampung memang ramai tiada lesen. Saya pun terperanjat seorang yang berumur 49 tahun tidak ada lesen. Ini sesuatu yang amat membahayakan. Kita ingin mengingatkan bahawa memandu tanpa lesen adalah satu kesalahan bawah Akta Pengangkutan Jalan," kata Anthony dalam Majlis Pelancaran Program MyLESEN B2 Peringkat Negeri Sembilan, di Dewan Orang Ramai Titi, di sini.

(Anthony berkata inisiatif itu bukan sahaja membantu mereka yang layak memperoleh lesen
B2 secara percuma) 

Media Baharu