fb fb fb fb fb

Kerajaan perpaduan tekad basmi kemiskinan tegar

(Datuk Seri Anwar  berucap di perasmian Mini KUD anjuran KKDW)

SUNGAI PETANI, 15 Julai- Kerajaan Perpaduan komited menoktahkan kemiskinan tegar pada tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan segera perlu diambil bagi membantu mereka.

"Tahun ini 2023 kita ada yang miskin tapi yang termiskin tegar susu tidak boleh beli, pakaian anak tidak cukup. Saya tidak mahu kita tidur lena mereka sengsara.

"Kita mesti noktahkan miskin tegar. Ada saja senarai miskin tegar, kita terus ambil tindakan bantu mereka," kata Anwar dalam majlis pelancaran Karnival Mini Usahawan Desa peringkat negeri Kedah di Dataran Amanjaya Mall Sungai Petani di sini.

Katnaya setakat ini sebanyak RM244.4 juta peruntukan disalurkan bagi membina 3,000 unit rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Manakala RM215.8 juta disalurkan bagi membaik pulih 12,242 unit rumah PPRT.

Beliau juga menasihati usahawan desa agar mengembangkan perniagaan mereka sehingga ke pasaran antarabangsa terutama di Asia Barat dan Eropah.

(Datuk Seri Anwar (tiga, kiri) menyampaikan peruntukan Program Pembangunan Usahawan
dan AgromakananRisda Negeri Kedah berjumlah RM3.8 juta kepada wakil Usahawan)

)

Media Baharu