fb fb fb fb fb

Penanaman padi berskala besar, peruntukan RM3 bilion tingkat pengeluaran

(Foto hiasan)

ALOR SETAR, 15 Julai- Kerajaan komited memperuntukkan RM3 bilion bagi membolehkan penanaman padi lima musim berskala besar setiap dua tahun di Kedah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin inisiatif itu dapat meningkatkan pengeluaran sekali gus menambah baik ekosistem agro selain menjamin sekuriti makanan negara.

"Jadi yang saya luluskan hari ini apa? RM3,000 juta.. sikit? ya banyak. Tetapi ada pilihan? Tidak ada. Kalau betul Anwar dan Kerajaan Perpaduan hendak tolong, perlu buat lah. Tapi larat lah orang hendak tunggu sampai tiga tahun baru dapat hasil? Sementara tu buat apa? katanya.

Sebahagian peruntukkan akan disalurkan kepada infrastruktur pengairan dan saliran, selain jalan di bawah seliaan Lembaga Pertanian Muda (MADA).

Projek itu merangkumi kawasan seluas 201,000 hektar untuk tempoh tiga tahun.

Datuk Seri Anwar berucap pada Majlis Sentuhan Madani peringkat Kedah bersama Peladang, Penternak, Nelayan, Penoreh, dan Pekebun Kecil di Alor Setar, Kedah.


(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/BERNAMA)

Sementara itu, dalam program berasingan, Perdana Menteri memberi jaminan untuk mempromosikan produk usahawan desa secara besar-besaran ke pasaran antarabangsa.

Bagaimanapun, produk berkenaan mestilah berkualiti.

"Saudara-saudara yang berniaga selarikan dan nak dengar pandangan supaya kita dapat tingkatkan mutu pengeluaran supaya kita dapat hasil lebih baik dan kita bantu menyebarkan.

"Saya hendak beritahu, tidak mudah, Ketua Setiausaha ada, pegawai kanan ada, hendak dapatkan menteri yang begitu prihatin, cari jalan bagaimana hendak meningkatkan pendapatan usahawan desa ini", katanya. 

Media Baharu