fb fb fb fb fb

Pelajar sambut baik elaun pelatih industri

(Foto hiasan)

ALOR SETAR, 15 Julai- Pemberian elaun perantisan untuk pelajar yang menjalani latihan industri di pejabat kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) disambut baik.

Pelajar yang ditemui menyifatkan elaun tersebut sebagai pembakar semangat untuk mempamerkan prestasi terbaik, disamping menampung kos perbelanjaan harian.


(Pelajar, Nur Anniesa Ilyana Mohd Satar)

"Saya rasa macam beruntung la bagi batch kami sebab kali pertama dan kami yang dapat merasa pendapatan RM800 untuk latihan industri. Walaupon kami belum lagi dapat macam tahu akan dapat RM800, memang membantu untuk kami punya pelajaran untuk beli keperluan. Ia sangat penting macam penting, rasa bersyukur beruntung", kata pelajar Nur Anniesa Ilyana Mohd Satar.

"Saya rasa sangat berbesar hati dan sanggt berterima kasih sebab seperti yang semua tahu kami banyak memerlukan kos. Contohnya sewa rumah, kenderaan motosikal, semua perlu bayaran. Jadi dengan dapat RM800 itu banyak beban yang telah dikurangkan", ujar pelajar Farid Daniel Mohd Fisol.

"RM800 ini dapat memudahkan dalam banyka sektor daripada membeli alat tulis, sewa rumah, makan sebulan, Alhamdulillah mencukupi lepas ini", kata pelajar Daniel Shahsyazwan Mohd Shazalan.

Semalam, dalam majlis Libat Urus Belanjawan 2024 di Putrajaya, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelajar yang menjalani latihan industri di pejabat kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan diberi elaun perantisan minimum RM800 sebulan.

Media Baharu