fb fb fb fb fb

Persediaan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan 2023 lancar

(Fahmi selepas melakukan tinjauan persiapan akhir Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan
dan Kibar Jalur Gemilang 2023)

IPOH, 15 Julai- Menjelang Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 di Ipoh esok,

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berpuas hati dengan tahap persediaan yang telah dilakukan agensi terlibat.

Beliau berharap rakyat akan memanfaatkan perkhidmatan dan program-program yang disediakan sepanjang sambutan.

"Harapan saya semangat patriotik ini bukan hanya sewaktu mereka hadir tetapi boleh dibawa ke mana-mana sahaja bersempena bulan kebangsaan.

"Kita akan sambut mulai esok hingga 31 Ogos sambutan di Putrajaya dan 16 September Hari Malaysia sambut di Kuching, Sarawak," kata Fahmi selepas melakukan tinjauan persiapan akhir Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 di Bulatan Sultan Azlan Shah, di sini.

Sekurang-kurangnya 10,000 pengunjung dijangka menghadiri program itu yang diadakan selama dua hari.

(Fahmi (depan dua, kiri) ketika mengadakan lawatan ke tapak majlis Pelancaran Bulan
Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 di Bulatan Sultan Azlan Shah Meru Raya)

Media Baharu