fb fb fb fb fb

Perbanyak lagu patriotisme, suburkan semangat cintakan negara

KUALA LUMPUR, 15 Julai- Semangat patriotik perlu sentiasa dihidupkan bukan hanya bersempena Hari Kebangsaan, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Katanya seiring masa, rasa cintakan negara boleh disuburkan merentasi generasi menerusi penghasilan lagu-lagu berunsur patriotik yang 'tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas'.

Sehubungan itu, para pengkarya dan penggiat muzik tanahair digalakkan tampil dengan karya lagu seumpamanya yang diyakini dapat menyatupadukan rakyat pelbagai peringkat usia, dengan jati diri bangsa Malaysia yang lebih inklusif.

(Fahmi dalam sesi temubual terbitan stesen televisyen swasta yang mengupas tajuk Malaysia
Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan)

"Ini seiring dengan semangat kita untuk meraikan bukan hanya hari kebangsaan tapi dia sebenarnya mengingatkan kita tentang peri penting kita hidup dalam suasana yang aman damai.

"Dan dengan satu semangat kekitaan dipayungi oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan dalam suasana yang aman damai dalam suasana di Malaysia inilah kita mampu membangun, mendirikan sebuah bangsa, rakyat yang bukan hanya bersatu-padu tapi boleh maju jauh ke depan.

"Mungkin lepas ni kita kena cari lebih ramai untuk kita raikan bukan hanya bakat mereka tetapi semangat kekitaan, patriotisme itu," kata Fahmi dalam sesi temubual terbitan stesen televisyen swasta yang mengupas tajuk Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan di sini.

Dalam pada itu, lagu-lagu patriotik akan mula diperdengarkan serta dipertontonkan menerusi corong radio dan kaca televisyen bagi menyemarak dan merancakkan suasana menjelang Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

(Fahmi Perbanyak lagu patriotisme, suburkan semangat cintakan negara)

Media Baharu