fb fb fb fb fb

Karnival FELDA Madani, tanda kerajaan prihatin kepada peneroka

KUALA KUBU BHARU, 15 Julai- Peneroka FELDA sentiasa mendapat tempat dan perhatian kerajaan Malaysia Madani.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, ia terbukti dengan penganjuran Karnival FELDA Madani peringkat Selangor, bagi mempromosi intergrasi sosial dan kesejahteraan komuniti peneroka.

"FELDA adalah salah satu komuniti yang J-KOM pilih, kita telah pergi ke beberapa kawasan FELDA di Palong, minggu depan Kemahang dan ini di FELDA Gedangsa, komunitinya luar biasa, harmoni, cukup tersusun. Memang dijaga baik oleh kerajaan," kata Mohammad kepada pemberita di sini, hari ini.

1,000 pengunjung hadir bagi memeriahkan karnival tersebut yang dianjurkan di FELDA Gedangsa, termasuklah sukan rakyat, kenduri rakyat dan pesta buah-buahan.

"Karnival ini dapat memupuk semangat kerjasama dan semangat perpaduan berbilang kaum. Selain itu, dapat mendekatkan masyarakat setempat dan pemimpin," kata Ahmad Zainul Akramin kepada pemberita RTM.

"Program ini sangat bagus. Maka, selepas ini perlu diperbanyakkan lagi program-program sebegini. Sangat seronok, penganjuran hari ini pun adalah satu rezeki juga, Alhamdulillah," jelas Muhd Faris Badrul Zaman kepada RTM.


(Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff)

Penganjuran karnival itu antara usaha kerajaan dalam memupuk semangat komuniti melalui perpaduan sosial dalam mewujudkan masyarakat Madani.

Media Baharu