KUALA PILAH, 15 Julai- Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 (PRU DUN Ke-15).
Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ia membabitkan 16 kerusi yang dimenangi BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan satu kerusi tambahan di Lenggeng.
Ia telah dipersetujui dan beliau sebagai Pengarah Jentera Pilihan Raya bagi PRU DUN kali ini, juga dimaklumkan berkenaan perkara itu.
"Pada pengetahuan saya, sebelum ini belum rasmi lagi tetapi apa yang saya telah diberitahu bahawa Negeri Sembilan akan bertanding di 17 kerusi. Kerusi DUN Lenggeng itu akan diberikan kepada BN. Pakatan Harapan (PH) pula 19 kerusi.
Jadi, walaupun belum dimuktamadkan pengumuman oleh Presiden Kerajaan Perpaduan tetapi itulah yang telah dimaklumkan kepada saya sebagai Pengarah Jentera Pilihan Raya kali ini," kata Mohamad kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Bahagian Angkat Pilihan Raya Negeri Sembilan, di sini.
(Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan
Bahagian Angkat Pilihan Raya Negeri Sembilan)
Terdahulu, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa pada 21 Julai ini, beliau akan mengumumkan senarai calon bertanding pada PRU DUN ke-15.