fb fb fb fb fb

Lebih 7,000 kebakaran direkodkan di Selangor tahun lalu

Wan Md Razali Wan Ismail

SHAH ALAM, 3 Februari- Sebanyak 7,350 kes kebakaran direkodkan di Selangor sepanjang tahun lalu, peningkatan berbanding 6,294 kes pada 2022

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Wan Md Razali Wan Ismail berkata, tiga jenis kebakaran mencatatkan jumlah tertinggi iaitu kebakaran bangunan sebanyak 1090 kes, kebakaran belukar (964) dan kebakaran sampah (810).

Dalam pada itu, beliau berkata, sejumlah 864 bangunan di negeri tersebut tidak mempunyai perakuan bomba (FC).

"1,844 bangunan dikategorikan sebagai bangunan yang ditetapkan dalam akta (Akta Perkhidmatan Bomba 1988 - Akta 341) iaitu bangunan yang dikenakan FC, yang perlu ada perakuan daripada bomba.

"(Daripada jumlah itu), 980 (bangunan) yang ada FC, maknanya kita telah melakukan pemeriksaan ke atas premis-premis tersebut.

"Setiap tahun kita periksa, kita perlu melakukan pemeriksan daripada segi perkakasan keselamatan kebakaran, itu tahunan. Apabila memenuhi kehendak-kehendak kebombaan, kita akan keluarkan sijil perakuan bomba (FC)," katanya.

Wan Md Razali ditemui pemberita selepas merasmikan Kempen Keselamatan Kebakaran Sempena Tahun Baharu Cina di sebuah pusat beli belah, di sini.

SITI AISHAH BINTI MD ISA