fb fb fb fb fb

Lebih 50 warga asing ditahan di Johor

FOTO JIM JOHOR

JOHOR, 19 Januari- Seramai 51 warga asing ditahan oleh Jabatan Imigresen (JIM) negeri Johor di beberapa premis sekitar daerah Johor Bahru dan Batu Pahat semalam.

Pengarahnya, Baharuddin Tahir berkata, mereka yang ditahan berusia 20 hingga 47 tahun.

50 daripadanya ditahan di Johor Bahru iaitu 27 orang di Pasar Borong Pandan kerana bekerja tanpa premit sah, manakala 23 lagi di empat premis dekat sekitar Masai selepas disyaki bekerja di pusat urut tanpa permit sah.

Sementara itu, seorang lagi ditahan di Pasar Borong Batu Pahat, Batu Pahat.

Baharuddin berkata, kesemua mereka didapati melanggar syarat pas ditetapkan, tidak memiliki sebarang permit sah, memberi kebenaran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) untuk berada dalam premis dan tinggal lebih masa.

Kes disiasat mengikut Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, Seksyen 6(1)(C), Seksyen 55E serta Seksyen 15(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

SITI AISHAH BINTI MD ISA