fb fb fb fb fb

Lebih 50 peratus rakyat Perak daftar PADU

Orang ramai mendaftar PADU

GOPENG, 31 Mac- Seramai 1.06 juta penduduk di Perak telah mendaftar menerusi sistem Pangkalan Data Utama (PADU), setakat 12.00 tengah malam semalam.

Jumlah itu melebihi 50 peratus daripada keseluruhan 1.8 juta penduduk yang layak mendaftar di negeri itu.

Exco Komunikasi, Multimedia dan badan bukan kerajaan (NGO) Perak Mohd Azlan Helmi berkata, beliau yakin kerajaan mempunyai mekanisme tertentu bagi menangani individu yang keciciran dalam pendaftaran sistem berkenaan.

"Saya rasa mungkin ada mekanisme lain yang disusun di peringkat persekutuan untuk menangani isu ini, tetapi alhamdulillah saya nampak perkembangan dalam sehari dua ini agak positif.

"Rakyat Malaysia kita lihat melalui kaca televisyen sudah mula banyak, tetapi saya yakin akan ada kaedah yang dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan untuk menangani keciciran yang mana masih tidak mendaftar PADU," katanya dalam Program Meriah Beraya Sejahtera Bersama di Pasar Raya Mydin, Pusat Transformasi Luar Bandar, RTC Gopeng, di sini.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) memerlukan data yang bersifat dinamik untuk menjalankan analisis dan bagi individu yang tidak mendaftar dengan sistem PADU, jabatan itu akan menggunakan data asas sedia ada.

Pendaftaran Sistem PADU berakhir tepat 12.00 tengah malam ini.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI