fb fb fb fb fb

Budak lelaki ditemukan lemas, ibu dan adik perempuan hilang

Asisten Komisioner (ACP) A.A Anbalagan

KUALA LUMPUR, 31 Mac- Seorang kanak-kanak lelaki ditemukan lemas, manakala ibu dan seorang lagi anak perempuannya dialporkan masih hilang di sebatang sungai di Jalan KP 4/9 Kota Perdana, Seri Kembangan petang tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner (ACP) A.A Anbalagan berkata, pihaknya menerima laporan kecemasan berhubung insiden itu pada pukul 4.35 petang daripada suami mangsa yang terselamat.

"Menurut si suami yang terselamat, beliau bersama-sama keluarganya hadir untuk aktiviti memancing.. dan didapati sekitar pukul 5.00 petang berlaku hujan. Kemudian berlaku kejadian air deras daripada kawasan itu menyebabkan mereka yang berdiri tergelincir ke dalam air.

"Jadi dalam keadaan hujan tersebut, si suami seorang lelaki Indonesia selamat, manakala isteri beliau dipercayai dihanyutkan air dan masih belum ditemukan. Selepas itu pihak bomba telah hadir bersama-sama polis dan pihak RELA untuk memulakan usaha mencari dan menyelamat," katanya.

Pasukan Penyelamatan di Air Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam berjaya menemukan mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun pada pukul 7.01 malam tadi, kira-kira satu kilometer dari tempat kesemua mangsa dihanyutkan manakala isterinya yang berusia 38 tahun serta seorang anak perempuan berusia empat tahun masih belum ditemukan.

Sebelum itu, kira-kira pukul 5.18 petang seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun ditemukan dalam keadaan selamat oleh orang awam.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI