fb fb fb fb fb

Lebih 50,000 belia dijangka memeriahkan Karnival Hari Belia Negara 2022 negeri Kelantan

(Wan Roslan Wan Hamat bercakap pada sidang media selepas  merasmikan Karnival Hari Belia Negara
2022 peringkat Negeri Kelantan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-4)

KOTA BHARU, 28 Ogos - Lebih 50,000 belia dijangka memeriahkan Karnival Hari Belia Negara 2022 peringkat negeri Kelantan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-4, Kota Bharu bermula 26 Ogos sehingga Selasa ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri, Wan Roslan Wan Hamat berkata, karnival selama lima hari itu bertujuan untuk mendekati golongan belia di peringkat akar umbi agar suara mereka dapat didengari pemimpin setempat.

Katanya, ia sekaligus menjadi simbol kebersamaan belia dan kerajaan dalam proses tranfomasi pembangunan belia khususnya di Kelantan.

Selain itu, karnival tersebut bagi menghapuskan jurang antara pemimpin setempat dengan golongan belia yang menjadi tunjang kepada pembangunan negara dan memenuhi kehendak belia masa kini.


(Antara gerai jualan yang diadakan sempena Karnival Hari Belia Negara 2022 peringkat negeri Kelantan) 

"Kita nak bawak belia ini dalam suasana yang sebenarnya bagi menghadapi cabaran semasa dengan perkembangan sains dan teknologi supaya anak-anak dapat kita santuni mereka dalam pelbagai peringkat," kata beliau selepas merasmikan Karnival Hari Belia Negara 2022 peringkat Negeri Kelantan, di sini.

Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Azahari Mohamad dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Asmadi Mohamad.

Pelbagai acara menarik untuk karnival ini diadakan antaranya termasuk pameran, persembahan dan jualan.

Media Baharu