PUTRAJAYA, 23 November - Lebih 5,000 hadir meraikan Majlis Kesyukuran Setahun Pentadbiran Perdana Menteri dan Kerajaan Madani di Dewan Seri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya malam tadi.
Kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kira-kira pukul 6.15 petang tadi disambut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Turut hadir menyerikan majlis Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bersama sebahagian besar jemaah menteri kabinet.
Sejurus tiba, Perdana Menteri sempat menyantuni rakyat yang hadir sebelum bergerak ke tempat makan untuk menjamu selera.
Majlis bermula pukul 6.30 petang dengan jamuan makan diikuti solat maghrib berjemaah, solat hajat, bacaan Yasin dan doa selamat.
Program diteruskan dengan ucapan amanat Perdana Menteri sebelum majlis diakhiri dengan solat Isyak berjemaah.