PUTRAJAYA, 10 Mac- Malaysia memerlukan seramai 44,804 penolong pegawai perubatan (PPP) menjelang 2025 dengan mengambil kira jangkaan populasi 36 juta penduduk.
Menurut Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni, bilangan PPP dalam negara ketika ini adalah seramai 23,329 orang dengan nisbah 1:1,400 berbanding populasi penduduk.
Kekurangan PPP menyebabkan peningkatan beban kerja.
PPP sedia ada bekerja lebih masa dan secara tidak langsung boleh menjejaskan kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan.
"Perbincangan antara Jabatan Perkhidmatan Awam dengan Kementerian Kewangan sentiasa berterusan untuk memastikan perjawatan tetap itu dapat diselesaikan dalam tempoh tiga hingga lima tahun bagi jumlah yang ada.
"Walau demikian kita tidak akan memberhentikan skim-skim kontrak kerana kita seeang mengalami kekurangan kakitangan maka penggunaan kontrak ini adalah diperlukan, " kata Lukanisman selepas merasmikan Hari Pembantu Perubatan ke-12 2023 peringkat kebangsaan di Kementerian Kesihatan di sini.
Dalam pada itu, beliau berkata bilangan PPP atau pembantu perubatan yang memiliki ijazah masih kecil iaitu kurang daripada 10% berbanding sasaran 75% menjelang 2030.
(Lukanisman Malaysia memerlukan seramai 44,804 penolong pegawai perubatan menjelang
2025)