fb fb fb fb fb

Lebih 4,000 penduduk di Tumpat dapat manfaat Program Penyeragaman Harga

Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail

TUMPAT, 14 September- Lebih 4,000 penduduk di empat kampung di gugusan kepulauan Tumpat mendapat manfaat hasil pelaksanaan Program Penyeragaman Harga.

Ia melibatkan barang keperluan, gas petroleum cecair (LPG) dan 'community drumming'.

Empat kampung terlibat adalah Kampung Pulau Suri, Sri Tanjong, Teluk Renjuna dan Pulau Tokang.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Azman Ismail berkata, pemilihan lokasi itu berdasarkan kesukaran penduduk mendapatkan barangan keperluan.

"Sebelum ni mereka mendapat barangan keperluan asas pada harga yang lebih tinggi di sebabkan oleh pengangkutan dari tanah besar ke pulau berkenaan menyebabkan harga yang di jual di pulau ini agak tinggi. Jadi kerajaan telah beri inisiatif ini untu menyeragamkan harga kos pengangkutan td di urus atau dibayar oleh kerajaan dan penduduk seramai 4,000 itu mendapat harga yang sama seperti di bandar", katanya.
 
Beliau ditemui selepas Majlis Pelancaran 'Point of Sale' (POS) untuk Zon Tumpat di Pulau Sri Tanjong.

ROSLINA BINTI DIN