fb fb fb fb fb

Lebih 31,000 kes kanser baharu dilaporkan pada tahun 2021

Foto hiasan/Foto RTM

KUALA LUMPUR, 4 Julai -10 kanser utama dilaporkan di Malaysia bagi tempoh 2017 – 2021.

Kanser berkenaan adalah kanser payudara, kolorektal, paru-paru,limfoma, hati, prostat, kanser leukaemia, nasofarink, Korpus Uteri dan Ovari.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, laporan terkini oleh Registri Kanser Kebangsaan 2017 – 2021 merekodkan lebih 34,000 kes kanser baru pada tahun 2020, sebanyak 31,688 kes setakat tahun 2021.

Namun, Dzulkely menjelaskan laporan terbaharu dan terkini tidak dapat diberikan kerana ia dibuat bagi tempoh 5 tahun sekali.

Tambahnya, beberapa langkah proaktif telah diambil antaranya merancang gerak kerja saringan kanser di bawah empat pelan strategik kebangsaan.

"Kementerian Kesihatan telah merancang gerak kerja saringan kanser di bawah pelan strategik kebangsaan seperti berikut: iaitu National Strategic Plan for Cancer Control Program (NSPCCP) 2021 – 2025; National Strategic Plan for Colorectal Cancer Control 2021 – 2025; Pelan Tindakan Bagi Eliminasi Kanser Serviks 2021 – 2030; dan Inisiatif di bawah Global Breast Cancer Initiative (GBCI) 2021", katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD