fb fb fb fb fb

Lebih 3,000 pemilik basikal lipat meriahkan Himpunan Mega Basikal Lipat Kebangsaan 2022

KUALA LUMPUR, 4 September- Lebih 3,000 pemilik basikal lipat dijangka akan memeriahkan Himpunan Mega Basikal Lipat Kebangsaan 2022, hari ini.

Bakal disempurnakan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ia merupakan satu program yang julung kali diadakan bersempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Bertempat di Lanai, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), di sini, program turut disertai lebih 100 kelab basikal lipat seluruh negara termasuk peserta dari Indonesia, Singapura dan Filipina.

Penganjuran program, hasil kerjasama kelab basikal lipat, "Underground Foldies Kuala Lumpur", "Kami Budak Lipat", "Klang Foldies", "Minivelo Malaysia" dan "Gang Satunam."

(Selain persembahan artis, cabutan bertuah turut diadakan dengan hadiah
utama berupa basikal Karbon Alcott Z1 bernilai hampir RM4,000)

"Harapan kami sebagai koordinator untuk program ini, saya harap kita boleh buar acara ini setiap tahun yang mana kita boleh berkumpul, bertukar idea, bersuai kenal dengan lebih rapat lagi sebab kita ini di media sosial ini masing-masing berkawan, memberi pandangan, masing-masing tunjuk basikal masing-masing.

"Di program ini kita boleh berjumpa secara berdepan, boleh rapatkan lagi hubungan di antara pemilik-pemilik basikal.

"Jadi untuk mereka di luar sana, bolehlah datang tengok sendiri untuk mula menanam minat terhadap basikal ini," kata koordinator program berkenaan, Nasir Deraman.

Beliau bercakap kepada RTM.

Pelbagai aktiviti akan diadakan sempena acara itu antaranya persembahan artis, karaoke dan cabutan bertuah dengan hadiah menarik basikal Karbon Alcott Z1 bernilai hampir RM4,000 sebagai hadiah utama.

Media Baharu