fb fb fb fb fb

Bekalan stok minyak masak bersubsidi masih mencukupi

SIKAMAT, 7 April - Sebanyak 3,223 jualan Rahmah di seluruh negara melibatkan keseluruhan jualan bernilai RM52 juta telah dilaksanakan sejak Januari hingga kini.

Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh berkata ia melibatkan 118 parlimen dengan jualan barangan lebih murah hingga potongan sebanyak 30% berbanding harga pasaran.

Sekali gus berupaya membantu mengurangkan kos hidup rakyat.

Jelasnya, kementerian telah meluluskan sebanyak RM125,000 untuk setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan jumlah keseluruhan RM100 juta yang boleh digunakan hingga hujung tahun ini untuk Jualan Rahmah.

"Kalau kita boleh guna peruntukan itu atas insitaif rakan strategik bagi diskaun ada pakej Rahmah itu, insiatif rakan startegik kita harga Rahmah kita tambah, lagi dengan bajet yang kita subsidi RM125,000," kata Fuziah, di sini.

(Fuziah bercakap kepada pemberita selepas menghadiri program
Jualan Rahmah peringkat Negeri Sembilan yang dirasmikan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun)

Pelaksanaan inisiatif berkenaan diadakan selama tiga hari bermula hari ini, melibatkan 11 pasar raya terpilih selain pengunjung pada hari ini turut diberikan baucer e-dompet berjumlah RM20 untuk digunakan membeli barang.

Dalam pada itu Fuziah berkaya, bekalan stok minyak masak bersubsidi dalam negara setakat ini masih mencukupi.

Jelasnya, sebanyak 60 juta paket minyak masak dikeluarkan dalam tempoh sebulan.

Keadaan bekalan stok minyak masak tidak mencukupi apabila berlaku ketirisan dalam kalangan pembekal minyak masak.

"Kita sudah pantau sepanjang bulan Ramadan, jadi jadi kita memang sentiasa pastikan bahawa tidak berlaku perkara yang tidak diingini seprti ketirisan, penyelewengan, pencatutan. Kita bekerja keras untuk pastikan barangan keperluan ada harga dikawal dan barang lain dikawal, tiada pencatutan," katanya lagi.

Media Baharu