fb fb fb fb fb

Lebih 3,000 individu sertai Program Malaysia #QuranHour sempena Hari Kebangsaan

PUTRAJAYA, 30 Ogos- Lebih 3,000 peserta menyertai Program Malaysia #QuranHour 2022 yang dianjurkan sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-65 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Program turut diadakan secara serentak di lebih 1,800 lokasi seluruh negara selama sejam bermula pukul 12.00 tengah hari.

Bertemakan Malaysia Bersujud: Keluarga Malaysia Teguh Bersama, ia mengangkat surah As-Sajdah sebagai surah pilihan untuk ditadabbur secara bersama di seluruh negara.

Menurut Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Datuk Husamuddin Yaacub, memasuki tahun ke lapan penganjurannya, program bertujuan untuk menterjemah nilai-nilai murni dan pengajaran yang terkandung di dalam Al-Quran secara berterusan dalam diri setiap umat Islam.

"Bila kita buat Malaysia Quran Hour, World Quran Hour adalah gerakan untuk memanggil ummah untuk mendekati dan berinteraksi dengan Al-Quran dan bukannya baca Al-Quran setahun sekali.

Apa yang kita nak adalah kempen secar besar-besaran tapi diterjemahkan pada amalan membaca quran skurang-kurangnya satu jam satu hari sepanjang tahun," kata Datuk Husamuddin ketika ditemu bual media RTM, hari ini.


(Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Datuk Husamuddin Yaacub berkata demikian kepada
media selepas program tersebut)

Program berinteraksi dengan Al-Quran melalui konsep baca, faham dan amal itu dianjurkan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas dengan kerjasama jabatan Kemajuan islam Malaysia (JAKIM), Tv Al-Hijrah, Islamic Tourism Center (ITC), dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Program diakhiri dengan bacaan Ikrar Quran Malaysia Teguh Bersama oleh selebriti, Datuk Adi Putra dan Doa untuk Malaysia oleh Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Ustaz Nor Azamir Alias.

Media Baharu