fb fb fb fb fb

Bentuk bayaran KGT tambahan khas penjawat awam akan disemak - KSN

PUTRAJAYA, 30 Ogos - Bentuk bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) tambahan khas RM100 untuk penjawat awam bakal disemak dengan Kementerian Kewangan.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata bayaran KGT itu perlu disemak bagi menentukan kenaikan berterusan atau kenaikan pada tahun 2023 sahaja.

(Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali)

"Cuma saya kena semak dengan kementerian kewangan, sama ada ia kenaikan tahunan atau kenaikan tahun ini sahaja," katanya ketika ditemui selepas majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-18 (MAPPA XVIII) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini.

Sementara itu, Tan Sri Mohd Zuki berkata kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam kini di peringkat akhir, sebelum hasil kajian itu diumumkan dalam masa terdekat.

Katanya, perkara itu dalam tindakan akhir jawatankuasa yang dikendalikan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

"Saya rasa benda ini kita dah bentang dalam beberapa kali di kabinet berhubung perkara ini. Bila sudah ada keputusan nanti, akan diumumkan," katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta JPA menyegerakan kajian ke atas Sistem Saraan Perkhidmatan Awam dengan mengambil kira keseluruhan aspek modal insan merangkumi saraan dan perkhidmatan, agar relevan dengan situasi semasa serta kemampuan kewangan Kerajaan.

Media Baharu