fb fb fb fb fb

Lebih 290,000 kad pengenalan diagihkan sejak 2013

(Datuk Ruslin Jusoh menyerahkan MyKad Nur Aleeya Ammar
di Kampung Bukit Godek, Melaka)

SEMABOK, 14 Januari- Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengagihkan sebanyak 292,999 kad pengenalan di seluruh negara melalui program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) bermula 2013 hingga kini.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Ruslin Jusoh berkata, agihan tersebut dilaksanakan menerusi 14,340 program MEKAR yang dilaksanakan.

Beliau berkata di Melaka, sebanyak 78 program dijalankan dan berjaya membantu seramai 212 pemohon.


(Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datuk Ruslin Jusoh)

"Ini adalah penting kerana hasrat kita kepada mereka yang tidak berkemampuan atau tercicir mereka itu, berhak mendapat perkhidmatan terbaik daripada kerajaan.

"Peranan JPN untuk menghasilkn dokumen yang mereka perlu miliki ada pada mereka, itu yang lebih penting.

"Kalau di semenanjung, kekangannya adalah kerana keadaan fizikal ataupun kesusahan tiada kenderaan untuk datang ke pejabat JPN. Begitu juga di Sabah dan Sarawak, mereka berada di pedalaman, jauh. Pada masa yang sama, kita ada program yang berterusan, kita turun ke tempat mereka", katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan kad pengenalan kepada kanak-kanak, orang kurang upaya (OKU), Nur Aleeya Ammar, 12 tahun, di Bukit Godek, Semabok Dalam.

Dalam pada itu, nenek Nur Aleeya, Rohana Ariffin, 58 tahun berkata program MEKAR ini sangat memudahkan urusan mereka sekeluarga dan beliau bersyukur proses permohonan tersebut sangat mudah dan cepat.

Media Baharu