fb fb fb fb fb

KKD fokus program pendidikan dan peningkatan literasi pengguna media sosial

(FOTO FAIL)

KUALA TERENGGANU, 14 Januari - Program pendidikan dan peningkatan literasi pengguna media sosial antara fokus yang akan diberi Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD).

Usaha itu dibuat bagi memberi pendedahan kepada pengguna media sosial supaya lebih celik digital.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching berkata, hampir RM600 juta kerugian akibat jenayah 'scam' dicatatkan sepanjang tahun lalu.

Beliau menyarankan semua jabatan di bawah kementerian itu membantu menyebarkan maklumat mengenai jenayah siber untuk mengekang kes tersebut daripada berleluasa.

Dalam pada itu, beliau menggesa orang ramai yang terlibat dengan penipuan siber supaya segera menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997.

Menerusinya tindakan segera boleh diambil dengan menghentikan aliran wang tersebut.

(Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching bercakap pada sidang media selepas
menyantuni 24 warga KKD yang terjejas banjir di Taman Desa Tanjung Damai, Kuala Nerus)

"Juga adalah bagaimana kita mendidik dan meningkatkan literasi digital, supaya pengguna media sosial ini menjadi lebih celik digital dan saya rasa gembira kerana lepas mesyuarat dengan Tiktok, mereka juga akan bantu untuk nak menyampaikan agenda KKD ini, daripada bulan Februari dan Mac ini, syarikat atau platform provider seperti Tiktok juga akan lancarkan program seperti 'stop for 3 sec', kita cakap 'stop for 3 sec' kerana '3 sec' itu akan bantu kamu untuk fikir benar ke maklumat itu adalah sahih atau tidak sahih," kata beliau selepas menyantuni 24 warga KKD yang terjejas banjir di Taman Desa Tanjung Damai, Kuala Nerus, di sini hari ini.

Mereka antara 1,000 penduduk di kawasan berkenaan yang terjejas banjir besar pada 18 Disember lalu.

Kesemua penduduk terjejas banjir di kawasan tersebut menerima bakul makanan, tilam dan tikar.

Bantuan tersebut diharapkan mampu meringankan beban dan kerugian yang dialami semasa banjir baru-baru ini.

Media Baharu