fb fb fb fb fb

KKM jangka tiada kenaikan kes COVID-19 pada Tahun Baharu Cina

SEGAMAT, 14 Januari- Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan tiada kenaikan kes COVID-19 pada sambutan Tahun Baharu Cina.

Bagaimanapun, Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata pihaknya akan sentiasa memantau perkembangan kes di seluruh negara.

Menurutnya, beliau berpuas hati dengan perkembangan semasa jangkitan wabak itu ketika ini kekal bawah 500 kes.

"Walaupun kali ini kita menjangkakan kemungkinan tidak ada kenaikan kes tetapi kita tetap berhati-hati dan langkah berjaga-jaga sentiasa dilaksanakan dan dipantau rapat.

"Seperti saya sebut sebelum ini ada Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC), laporan dari negeri semua kita dapat pantau setiap hari, dalam keadaan yang sangat berhati-hati," katanya.

(Dr Zaliha Mustafa)

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Edaran Limau dan Tarian Singa, di sini hari ini.

Tambah Dr Zaliha, berdasarkan pengalaman sebelum ini seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha dan Pilihan Raya Umum, tiada kenaikan kes direkodkan.

Media Baharu