fb fb fb fb fb

Kerajaan Sabah harap bantuan pelajarnya dapat diperkasa

JOHOR BAHRU, 14 Januari- Kerajaan Sabah berharap inisiatif sekretariat pelajar Sabah dapat diperkasa di seluruh universiti di Johor, bagi membantu pelajar negeri itu.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, beberapa masalah telah dikenal pasti, seperti isu tawaran biasiswa
yang akan diperhalusi.

Isu lain yang dikemukakan pelajar Sabah ialah harga tiket penerbangan yang mahal, selain bantuan bagi penganjuran program persatuan.

"Setiap anak Sabah yang layak akan menerima RM1,500 untuk bantuan mereka di awal kemasukan bagi peringkat diploma, RM2,500 bagi peringkat ijazah.

"Kita juga membantu anak-anak Sabah yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil TInggi Pelajaran Malaysia (STPM), dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), akan diberi bantuan RM200 sebelum mereka menduduki peperiksaan," katanya semasa menghadiri Program WAM 2 CARE yang disertai kira-kira 300 mahasiswa dan mahasiswi Sabah, di Johor Bahru di sini.

(Mohd Arifin Mohd Arif)

Media Baharu