fb fb fb fb fb

Lebih 20,000 buah bilik tersedia untuk pelancong sempena TMM2024

AYER KEROH, 1 Ogos - Sebanyak 23,448 buah bilik penginapan melibatkan pelbagai gred hotel dan homestay di Melaka, tersedia untuk menampung kemasukan pelancong sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata jumlah itu termasuk 510 premis terdiri daripada perkhidmatan perhotelan dan sembilan homestay.

Daripada jumlah itu, 67 premis dengan 7,966 bilik merupakan premis berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

"Kita sudah sediakan 510 buah hotel merangkumi 23, 448 buah bilik untuk menerima sejumlah pengunjung dan pelancong sempena TMM2024 tahun hadapan. Kita ada kaedah kita, kita ada jawatankuasa kepada hotel-hotel ini, yang dipengerusikan oleh saya sendiri.

Dalam tempoh empat bulan sekali, kita akan bersama agensi yang terlibat termasuk MOTAC untuk tujuan penilaian dan penggredan hotel di Melaka. Itu adalah bawah bidang kuasa MOTAC namun kita sebagai kerajaan negeri juga ada hak untuk menurunkan gred mereka," kata Abdul Razak dalam sidang media Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks Seri Negeri, di sini.


(Foto Hiasan)

Tambahnya, beberapa hotel lain juga masih dalam perbinaan dan dijangka bakal beroperasi pada Januari depan dengan jangkaan tambahan lebih 1,000 bilik akan disediakan.

Media Baharu